Monday 30 July 2012

BMW 3 siri 320i 2012



BMW Malaysia telah mengumumkan kedatangan dua varian terbaru BMW 320i; BMW 320i Executive Edition yang penuh elegan dan BMW 320i M Sport yang dinamik di semua pengedar sah di seluruh negara mulai hujung minggu ini 2 April 2011. Kedua-dua varian BMW 3 Siri itu menampilkan enjin empat silinder 2.0 liter yang mengeluarkan kuasa impresif pada angka 115kW / 156hp, menghasilkan pecutan dari 0-100km/j dalam tempoh masa 9.8 saat.
Seperti semua model semasa BMW, kedua-dua varian BMW 3 Siri itu juga didatangkan dengan teknologi BMW EfficientDynamic sebagai ciri standard, termasuk teknologi sistem Brake Energy Regeneration yang mana memberikan hasil penjimatan bahan api pada kadar hanya 7.8L/100 km, penambahbaikan ketara berbanding tahap efisien enjin sebelumnya iaitu 8.0L/100 km.
BMW320iEditions02 BMW Malaysia memperkenalkan dua varian terbaru BMW 320i
Varian 3 Siri itu dilengkapkan dengan ciri-ciri dan peralatan premium, sama ada di bahagian luar mahupun dalam. Kedua-duanya BMW 320i Executive Edition dan BMW 320i M Sport telah menampilkan buat pertama kali, BMW Navigation System Professional dan BMW ConnectedDrive Infotainment, di mana ketika ini ciri-ciri itu hanya tersedia eksklusif pada varian enam silinder 3 Siri. Kedua-dua varian 3 Siri baru itu dilindungi program servis ekstensif BMW, BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) meliputi pembaikan atau penggantian alat-alat ganti biasa, juga penyelenggaraan, servis dan pembaikan komponen kilang kenderaan itu.
Servis program itu menawarkan ketenangan jiwa buat pemilik BMW dan tempoh perlindungan meliputi tempoh 3 tahun dari tarikh asal pendaftaran atau sehingga 60,000 km, yang mana lebih awal. Harga jualan runcit (atas jalan, tanpa insuran, dengan program BMW Service Inclusive + Repair) untuk varian BMW 320i Executive Edition ialah RM 241,800.00, manakala varian BMW 320i M Sport ditetapkan pada harga RM 253,800.00.
Sejak diperkenalkan generasi kelima 3 Siri pada 2005, BMW Group Malaysia telah menjual lebih 9,000 unit model kereta popular mereka itu, menjadikannya antara yang paling popular dikalangan model BMW lain, dan merupakan salah satu penyumbang utama untuk kejayaan berterusan BMW di Malaysia.

No comments:

Post a Comment