Monday 30 July 2012

BMW 3 siri Februari 2012

BMW 3 Series 2012 3 Generasi terbaru BMW 3 Series diperkenal   jualan bermula Februari 2012

Antara model sedan paling terkenal BMW sudah pastinya daripada model 3 Series. Kini dalam langkah menuju ke tahun 2012, BMW mengorak langkah memperkenalkan model baharu 3 Series yang pastinya hadir lebih elegan, dinamik, sporty dan penuh gaya. Imbas kembali ketika awal 1990-an, saya terpesona dengan rekabentuk 3 Series ketika itu walaupun hadir dengan rekaan agak berkotak. Untuk model terbaru kali ini, BMW bukan saja telah mengeluarkan ‘press release’ panjang lebar, malah disertakan bersama galeri penuh yang memaparkan segenap sudut model terbaru itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan 3 Series 2012 baharu ini memberikan pandangan visual lebih menarik secara peribadinya berbanding model terdahulu, walaupun sekadar melihat galeri imej yang dipaparkan.
BMW 3 Series 2012 2 Generasi terbaru BMW 3 Series diperkenal   jualan bermula Februari 2012
Kini hadir dengan generasi keenam, 3 Series merupakan sedan/saloon premium paling laris di dunia, antara produk terpenting pernah dikeluarkan oleh BMW. Bakal menemui pasaran secara rasmi pada bulan Februari 2012, 3 Series baharu pastinya dialu-alukan oleh pelanggan yang mementingkan gaya dan kualiti premium berjiwa eksekutif. Bagi menghadapi cabaran dunia yang mementingkan penjagaan alam sekitar dan tahap kecekapan bahan api maksimum, BMW 3 Series baharu terus tampil dengan barisan enjin (powertrain) terbaru dan teknologi EfficientDynamics yang menjimatkan dan rendah emisi.
Menurut BMW, 3 Series baharu didatangkan dengan dimensi lebih besar dan ruang dalaman lebih kaya berbanding generasi sebelumnya, tetapi lebih ringan dan pantas dari beberapa segi, namun kekal efisien, lebih kukuh dan selamat. Perubahan ketara dari segi gaya, keselesaan dan tambahan spesifikasi pada harga yang hanya mengalami sedikit peningkatan. Tersedia pilihan luas pelbagai trim, varian dan program personalisasi ekstensif akan membolehkan pelanggan 3 Series baharu memiliki kereta tempahan mengikut citarasa tersendiri.
BMW 3 Series 2012 1 Generasi terbaru BMW 3 Series diperkenal   jualan bermula Februari 2012
Buat permulaan, empat jenis enjin akan diperkenalkan, dan bakal diikuti oleh lebih banyak pilihan selepas itu. Semua enjin yang melengkapkan 3 Series baharu didatangkan dengan ciri teknologi BMW TwinPower Turbo. Ianya termasuk unit petrol 2.0 liter empat silinder, menghasilkan 245hp dan 350Nm tork, untuk varian 328i. Enjin tersebut menggantikan versi 3.0 liter enam silinder pada varian sebelumnya 325i dan 330i, memberi kelebihan dari segi berat dan penjimatan bahan api. Kedua-dua versi manual dan automatik kini lebih ekonomi pada kadar lebih 44mpg dan keluaran emisi di bawah 150g/km. Enjin baru itu turut menampilkan teknologi terkini; “High-Precision Direct Injection, BMW’s new TwinScroll turbocharging, Double-VANOS variable camshaft timing and VALVETRONIC variable valve opening technology”.
BMW 3 Series baharu 45 Generasi terbaru BMW 3 Series diperkenal   jualan bermula Februari 2012
Varian 328i merupakan salah satu enjin daripada empat yang boleh didapati sewaktu pelancaran, tiga lagi lebih familiar daripada model sebelumnya. Enjin petrol lain menawarkan unit TwinPower Turbo 3.0 liter enam silinder untuk varian 335i. Bagi permintaan unit diesel pula, ianya menampilkan unit yang dipertingkatkan semula, berkapasiti 2.0 liter dengan kuasa 184hp 320d dan unit diiktiraf 163hp 320d EfficientDynamics, yang mana menampilkan ratio gear lebih panjang, pengurangan geseran komponen dan sistem elektronik yang disemak semula untuk menghasilkan penjimatan luar biasa 68.9mpg dan hanya 109g/km pelepasan CO2. Bagi model terdahulu hanya tersedia transmisi manual, 320d EfficientDynamics sekarang boleh didapati dengan transmisi automatik lapan kelajuan baharu, mengekalkan paras emisi pada kadar 109g/km.
BMW 3 Series baharu 17 Generasi terbaru BMW 3 Series diperkenal   jualan bermula Februari 2012
Kurang daripada sebulan selepas pelancaran, tiga enjin baharu akan ditambah. Antaranya ialah 316d dan 318d, dengan kuasa 116hp dan 143hp melalui varian enjin diesel 2.0 liter, termasuk tambahan versi enjin petrol 2.0 liter turbocas. Ianya akan mengisi ruang enjin varian 320i, dengan penghasilan kuasa bertenaga 184hp dan 270Nm tork, dengan perwatakan fleksibel supreme semua versi enjin petrol BMW TwinPower Turbo. BMW juga akan memperkenalkan versi pacuan empat roda (4WD) dan versi hibrid untuk generasi terbaru 3 Series. Generasi keenam 3 Series segak bergaya itu akan mula dijual di pasaran Eropah mulai Februari 2012 dengan tawaran harga bermula dari £24,100 OTR.

No comments:

Post a Comment