Monday 30 July 2012

BMW Z4 & M5 2012



Buat penggemar jenama BMW yang mementingkan prestasi bercirikan sport, kini boleh membuat pilihan sama ada untuk memiliki model terbaru BMW Z4 atau BMW M5, di mana kedua-duanya baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia pada 1 Mac 2012. BMW Z4 merupakan model roadster dengan bumbung boleh dibuka, sementara M5 sebuah saloon berprestasi tinggi talaan Divisyen M.
Bagi model Z4, dua varian ditawarkan iaitu sDrive20i dan sDrive28i M Sport, masing-masing pada harga atas jalan RM358,800.00 dan RM488,800.00 (tidak termasuk insuran). BMW Z4 dijana enjin petrol 2.0 liter 4-silinder dengan bantuan teknologi BMW TwinPower Turbo yang menjana kuasa sebanyak 184hp dan 270Nm bagi varian sDrive20i, dan 245hp dan 350Nm untuk varian sDrive28i M Sport.
BMW M5 2012 BMW Group Malaysia lancar model terbaru BMW Z4 dan BMW M5
Bagi model salon BMW M5, harga yang ditawarkan mencecah RM898,800.00 seunit. Model yang menempa populariti di seluruh dunia itu hadir dengan pakej powertrain berprestasi tinggi lengkap bersama-sama enjin V8 4.4 liter dengan teknologi BMW M TwinPower Turbo, menghasilkan kuasa setinggi 560hp dan tork maksimum sebanyak 680Nm.
Dengan kehadiran kedua-dua model berprestasi tinggi dan bergaya sport itu di pasaran tempatan, BMW Group Malaysia yakin pertumbuhan jualan kenderaan edaran mereka tahun ini akan terus meningkat dan mampu meraih kejayaan sama seperti rekod tertinggi jualan yang dicatatkan tahun lepas sebanyak 5,604 unit.

No comments:

Post a Comment