Monday 30 July 2012

BMW 6 siri 2012



Sebuah lagi model terbaharu dari BMW diperkenalkan di pasaran Malaysia baru-baru ini, BMW 6 Series Gran Coupe. Merupakan model pertama BMW dalam segmen coupe empat pintu, model tersebut dilancarkan oleh BMW Group Malaysia menyusul selepas pengenalan varian coupe dan convertible bagi model BMW 6 Series. Dari segi rekaan berkualiti tinggi yang ditonjolkan oleh BMW Group Design, BMW 6 Series Gran Coupe baharu telah menerima anugerah dari 2012 Red Dot Design Awards.
BMW 6 Series Gran Coupe baharu ini mempunyai ruang untuk lima orang penumpang, sungguhpun bahagian tempat duduk tengah belakang lebih sesuai untuk kegunaan penumpang bagi perjalanan jarak dekat. Menampilkan enjin enam silinder yang digabungkan dengan generasi terkini teknologi BMW TwinPower Turbo dengan pengecas turbo ‘twin-scroll’, unit 3.0 liter itu berupaya menghasilkan kuasa setinggi 320hp dan tork maksimum 450Nm, membolehkannya meluncur laju dari 0-100km/j dalam tempoh hanya 5.4 saat dengan kelajuan puncak 250km/j.
BMW 6 Series Gran Coupe 2 BMW 6 Series Gran Coupe diperkenal di pasaran Malaysia
Prestasi mengujakan dari enjin itu dipindahkan ke bahagian roda melalui penggunaan transmisi automatik sport 8-kelajuan yang didatangkan dengan fungsi ‘Auto Start / Stop’ dan ‘Driving Experience Control’ – membolehkan pemandu memilih di antara mod ‘comfort’, ‘sports’ atau ‘ECO PRO’ mengikut corak pemanduan santai, agresif atau untuk gaya pemanduan lebih ekonomi. Sebagai tambahan, pakej teknologi kepada unit enjin BMW 6 Series Gran Coupe turut termasuk sistem ‘VALVETRONIC variable valve lift control’ dengan ‘Double-VANOS variable’ – kombinasi berteknologi tinggi yang sukar ditandingi oleh pengeluar kenderaan lain.
Terima kasih kepada teknologi termaju yang dimilikinya dengan ciri BMW EfficientDynamic, coupe empat pintu tersebut bukan saja menghasilkan prestasi sport yang ekstrem, tetapi juga berkemampuan menghasilkan tahap penjimatan bahan api cemerlang dengan pengeluaran emisi karbon yang rendah. BMW 6 Series Gran Coupe baharu mencatatkan penggunaan bahan api purata hanya 7.8 liter bagi setiap 100 km dan emisi CO2 pada kadar 181g/km.
BMW 6 Series Gran Coupe 015 BMW 6 Series Gran Coupe diperkenal di pasaran Malaysia
Bahagian kokpit tidak kurang hebatnya apabila memberi fokus penuh kepada pemandu dan bahagian interior, yang mana boleh didapati dalam tema warna ‘Black’, ‘Cinnamon Brown’ dan ‘Ivory White’, dengan kehadiran monitor iDrive bersaiz besar bersama-sama rekaan dalaman elegan dan hasil kerja ketukangan yang unggul cemerlang yang menekankan ciri-ciri eksklusif BMW 6 Series Gran Coupe baharu. Menambahkan lagi ciri eksklusifnya ialah kehadiran pakej premium yang mana termasuk upholsteri kulit Nappa eksklusif dengan jahitan kontras, panel instrumen dengan kemasan kulit dan rekaan rim aloi ringan ‘W-spoke’ 19 inci.
Selain rekaan luaran dan dalamannya yang menjadi sebutan ramai, ciri-ciri teknikal BMW 6 Series Gran Coupe baharu tetap menjadi keutamaan BMW yang sememangnya inovatif dalam memperkenalkan jenamanya. Untuk melengkapkan pengalaman pemanduan dinamik, coupe empat pintu itu turut didatangkan dengan ciri-ciri seperti ‘Integral Active Steering’, ‘Adaptive Drive anti-roll stabilisation’, ‘Dynamic Damper Control’, ‘brake energy regeneration’ dan ‘electromechanical power steering’.
BMW 6 Series Gran Coupe 4 BMW 6 Series Gran Coupe diperkenal di pasaran Malaysia
Sebagai tambahan, ciri-ciri lain yang boleh didapati pada setiap model kontemporari BMW yang lain turut tersedia untuk BMW 6 Series Gran Coupe seperti fungsi ‘ConnectedDrive’ yang merangkumi ‘BMW Head-up Display’ berwarna penuh, kamera pandang belakang, ‘Speed Limit Device’, fungsi pejabat dan sambungan internet, bersama-sama dengan ‘Facebook’ dan ‘Twitter Apps’.
Boleh didapati dalam tujuh warna menarik seperti ‘Black Sapphire’, ‘Vermillon Red’, ‘Havanna’, ‘Space Grey’, ‘Orion Silver’, ‘Deep Sea Blue’ dan ‘Mineral White’, harga jualan yang ditawarkan (atas jalan, tidak termasuk insuran) untuk model baharu BMW 6 Series Gran Coupe ini ialah sebanyak RM788,800.00. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan pakej premium dengan kos tambahan RM35,000.00.

No comments:

Post a Comment